Saturday, 8 September 2012
Monday, 3 September 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Salam, syukur ke hadrat Allah kerana di panjangkan umur untuk sekian kalinya menyambut Aidil Fitri bersama-sama sanak saudara. Bukan mudah untuk bertemu dalam suasana khusus seperti ini kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk agama, masyarakat, bangsa dan negara. Begitu juga kekangan masa yang merantai kita untuk bersama meniti kemanisan pertemuan kasih sayang dalam sebuah keluarga. Namun pepatah melayu yang masih lagi dan tetap relevan : Air Dicincang Tak Akan Putus. Tepat sekali seandainya kita membiarkan hubungan kekeluargaan berlalu seperti air yang mengalir, hubungan itu tak akan utuh dan erat hingga ke generasi yang seterusnya.
Walau setinggi mana bintang yang kita renungi, namun jangan lupa menolek rumput yang kita pijak. Sesekali siramilah ia agar sentiasa segar dan dapat menyokong kita untuk kehidupan yang seterusnya.
Hari raya kali ini sangat bermakna dan penuh kegembiraan. Semua saudara berkumpul walaupun hanya seketika. Riuh rendah dibuatnya dengan suara anak-anak kecil, terutamanya masa makan. Menu tak perlu sedap, telur goreng dan kicap pun dia orang sapu licin...
Bila tengah malam sikit, ada pula yang rajin masak megie... berebut macam anak palestine... jangankan kata budak-budak, mak budak pun teringin... kalau makan berebut ni memang sedap...kalau makan sorang masak ikan bakar pun tak lalu.....
Begitulah adat dunia....yang senang nak lagi senang...semoga hujung tahun ini kita semua bertemu lagi seperti mana yang dirancangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)