Selamat Datang ke Blog Rasmi Atisur66 Mari Belajar Bersama Saya

Saturday, 11 August 2012

Kura-kura Dengan Arnab


Petikan 2

                   Kura-kura Dengan Arnab
Di dalam sebuah hutan terdapat berjenis-jenis binatang. Di antaranya
ada seekor arnab yang sombong dan suka bercakap besar.
Haiwan-haiwan lain benci kepadanya.
Suatu hari arnab ternampak seekor kura-kura sedang berjalan.
‘ Awak berjalan sangat cepat,” sindir arnab.
Kura-kura tahu aia kena sindir.
“ Walaupunsaya berjalan perlahan, kalau kita berlumba lari boleh jadi
 saya yang menang, “ balas kura-kura.
“ Kalau begitu mari kita berlumba,” kata arnab dengan gembira.
Arnab membetitahu perlumbaan itu kepada haiwan-haiwan lain. Ia juga meminta Sang Kancil menjadi hakim.
“ Satu, dua, tiga....! “ kata Sang Kancil.
Habis saja Sang Kancil menghitung, arnabpun  berlari macam peluru.
Kura-kura tertinggal jauh ke belakang.
“ Aku tunggu kura-kura di sini. Kalau ia sudah dekat barulah aku berlari semula, “ kata kura-kura sendirian. Arnab berbaring di bawah pokok.
Oleh kerana keletihan ia pun tertidur.
Kura-kura berjalan tidak berhenti-henti. Akhirnya ia sampai di garisan penamat. Semua haiwan bersorak-sorak sambil menari-nari kerana
 kura-kura menang.
Arnab terbangun kerana digigit nyamuk. Ia terkejut lalu berlari. Apabila
sampai di garisan penamat, arnab terkejut kerana kura-kura telah sampai dahulu.
Arnab berasa malu dan berjanji tidak akan bercakap sombong lagi.

No comments:

Post a Comment